Tuesday, 25 June 2013

3-10 july 2013 ni akan balik ke kampung halaman Tawau bersama keluarga. Orang rumah belanja balik kampung kali ni. (sebab dia nak beraya kat selangor tahun ni) ... hihi

Alang kepalang balik kampung aku pun ambil kesempatan untuk membuat sedikit persiapan memancing. Aku mula google dan youtube info berkaitan aktiviti memancing di perairan tawau dan sekitarnya. dan kenalpasti beberapa port yang akan di cuba kali ini. Walaupun aku orang asal Tawau, tetapi ada banyak port memancing yang belum pernah aku explore. Trip kali ini akan di manfaatkan sepenuhnya untuk mencuba port-port mancing yang belum pernah aku terokai.


Beberapa port yang di kenal pasti untuk di cuba kali ni ... bermula mancing kolam berbayar di apas parit, kemudian mancing di perairan kepulauan mabul, mancing di peraiaran inderasabah dan seterusnya di perairan Sebatik.

Set pancing medium heavy dan light akan di cuba, teknik casting dan layang akan di cuba kali ini.

 sama2 kita nantikan hasil trip kali ni..... hehehe






Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!